welcome to initial_D

Khamis, 15 November 2012

resepi MAKARONI goreng :D

BAHAN  - BAHAN

~ makaroni
~ ayam di potong kecik2 (daging, sotong etc)
~ 2 sudu cili cair + sedikit bawang kisar
~ 5 ulas bawang merah di potong mayang
~ 5 ulas bawang putih di potog mayang
~ 1 batang carrot  (dipotong dadu) + bunga kubis + putik jagung
~ 3 batang cili padi dipotong kecik2
~ 4 sudu sos cili
~ 2 sudu sos tiram
~ 2 batang saderi



CARA - CARA

1. rebus makaroni sehingga kembang . masukkan  minyak masak 2 sudu + sedikit garam halus
2. setelah makaroni separuh kembang boleh la tumiskan bawang merah + bawang putih yang dimayang (kekuningan)
3. masukkan cili cair + bawang kisar, kacau sehingga naik wangi.
4. masukkan ayam yang dipotong + tambah sedikit air.
5. masukkan sos cili + sos tiram + sedikit garam (kacau). biarkan seketika sehingga air seakan-akan mau                kering.
6. masukkan bahan sayuran (carrot,bunga kubis,putik jagung,saderi,cili padi).
7. lastly, masukkan makaroni

TADAAAAAAAAAAA nie la hasilnya... sesuai untuk kanak2 jgk coz xada la pedas sgt... klu nk pedas korag blh la kasi cabai byk cikit... selamat mencuba (^_^)

Isnin, 14 Mei 2012

JANGANLAH MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA

jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat pada mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. janganlah kamu melepaskannnya kembali ke sungai kerana ia akn menderita kesakitan disebabkan oleh kecederaan akibat mata kailmu itu. mungkin dia akan menderita seumur hidupnya.


jika seseorang menyayangi kamu setelah kamu memberikan pengharapan kepadanya, maka jagalah hatinya. janganlah kamu meninggalkannya kerana kelak dia akan terluka dek kenangan yang kamu tinggalkan dan tak mungkin dia dapat melupakannya dengan mudah.


jika kamu memiliki seseorang, maka terimalah dirinya seadanya. janganlah kamu terlalu menyagungkannya kerana dia hanyalah manusia biasa. lalu apabila dia melakukan kesilapan, kamu tidak akan mudah menerimanya kembali. oleh itu, ala kadar saje dalam menerima dirinya.
diumpamakan kamu memiliki sepinggan nasu yang cukup untuk mengenyangkan dirimu. mengapa kamu berlengah dan mencari yang lebih lazat daripada itu sehinggakan nasi itu menjadi basi lalu terpaksa dibuang? kelak, kamu akan menyesal dengan perbuatanmu itu. begitulah juga andai kamu cuba mmbandingkan seseorang insan. janganlah kamu cuba membandingkannya dengan yang lain kerana dia juga mampu membawa kebaikan kepada kamu.


terlalu mengejar kesempurnaan akan menyebabkan kamu kehilangan seseorang apa bila akhirnya dia menjadi milik org lain......... dan aku tak mahu hal ini berlaku.........

Selasa, 17 April 2012

exam oh exam sem last (6) under utm stdy at KTD

hari nie dah utk pper ke 4 dah :D
happy dah sebb tggal stu lgi pper kn....
semua pper azie ambik 5 utk last kn....
xleh la bawa byk pper utk last sem nie...
by the way, pper sblum nie perghhhhhhhhhhhh susah giler3...
hope pper y ke 4 nie n ke 5 nnti mudah la...
bukn apa utk mmbantu pointer azie la kn... 
extra mmbantu bg mgurangkan kadar pembayaran MARA... =.="


hari nie pper COMPUTER NETWORK...
blh tahan jgk cabaran pper nie.... takut jgk nie...
dah la nk bgun td pg fuhhhhhh mmg susah giler...
kali ke berapa pun azie dah xtau la nk habaq time jam...
hahahaahhahha.....


time exam macam kelawar,
buat nota kerja senang,
apa yang hafal harap keluar,
mudah-mudahan soklan yang senang...


april sehari sebelum exam ;)

Khamis, 12 Januari 2012

ragam couple

1. Tepat pukul 11 atau 12 malam mesti korang dah pegang henset korang..Sama ada tunggu panggilan atau korang yang akan call! Ada yang akan SMS tanya "Bz ke tak? Nak call nih" .....

2. Bila bergayut kadang2 tak kira tempat...Banyak port yang korang conquer.. Ada yang kat koridor..Ada yang depan pintu... Atas katil... Di meja study... Macam2... Masa ni dah tak kesah dah pukul 2 3 pagi pun sanggup gayut kat luar bilik asrama korang semata-mata dapat cakap ngan yang tersayang.... Kekasih punya hal, hantu2 dah tak takut dah!

3. Bila gayut punya gayut sampai mengantuk tapi si kekasih nak cakap lagi... Cakap2 sampai terlena.. Besok pagi pakwe/makwe call kata " Semalam dah tido eh? I panggil tak sahut2".. Dah mengantuk tapi taknak gtau sebab xmau kecewakan dia...apa daaaa~~

4. Tengah dok syok cakap telefon, tiba2 "tuuutt" call putus... Mula2 try call balik tak dapat.. Then check balance topup dah habis..Yang sang kekasih pun takde kredit.... Haa tyme ni la sibuk buat SOS topup la..Credit Advance la...Pi bilik kawan yang jual topup laaa...macam2...siap suruh ayah,mak, kakak dan abang pi topupkan..ish3!

5. Bila syok dok gayut atas katil tiba2 roomate nak tido dah..."Alamak,takkan nak gayut depan dia! Nak gayut di luar takut...Kalau gayut depan dia,nanti dia dengar aku bermanja-manja ngan kekasih aku lak" Bila dalam dilemma camni last choice ambik bantal cover!

6. Masa awal-awal call cakap la benda harian yang dibuat...Makan apa...Jumpa sapa...Aktiviti menarik yang dibuat...Then masuk part 2 plak dalam perbualan iaitu part gaduh-gaduh manja lak... Then masuk part ke 3...part pujuk memujuk pulak...Last2 BAIK balik...Banyak part sungguh laaa...

7. Kadang-kadang bila dah tak tahu nak cakap apa, pasang loudspeaker dan bagi roomate2 dengar sekali...Tyme ni semua pakat kerumun nak tanya soalan kat kekasih korang.. Nak menyibuk laa..nak mengusik laa... Nak buat Edisi Siasat laa... Yang roomate/kawan2 korang ketawa terbahak2 dengar kekasih kita bagi jawapan....

8. Ada kes di mana tengah dok gayut then gaduh besar... Tyme ni (kalau perempuan memang menangis laaa) dan akan terus matikan telefon.. Haa mulalah pakwe ni call atau mesej si roomate korang supaya tolong bagi dia cakap ngan korang.... Tak pasal2 jadi orang tengah pulak....

9. Bila akhir perbualan mestilah nak sebut " I LOVE YOU" atau " MISS YOU" tapi kita xsebut kuat-kuat...Malu kena ejek ngan roomate kalau dengar.....Oya, last sekali mesti ada "Mmmuuuaaahhh mmmuuaahhh" tu pun bagi kiss sesenyap mungkin... Malu punya pasal...tapi tetap nak bagi...

10. Haaa...ini memang satu situasi yang mana2 couple pun akan alami... "Awak letaklah dulu..." "Tak Nak... Nak awak letak dulu..." "Ala..semalam saya dah letak.. Hari ni awak pulak letak!" "Ala...jom kita letak sama2 k?Awak kira la sampai 3" "OK....1...2....3..." Hmmm...sampai ke sudah tak letak2...

Sabtu, 7 Januari 2012

CARA DIET (^_^)


Berikut beberapa cara mudah untuk membantu anda rasa seronok semasa berdiet:
1. Jadikan penimbang berat sebagai rakan anda.
Jika anda mahu menurunkan berat badan, anggaplah penimbang berat itu sebagai kawan anda, bukannya musuh. Cuba timbang berat badan anda sekali di waktu pagi selepas anda mandi dan sebelum anda mengenakan pakaian. Dari situ anda akan dapat melihat bagaimana graf berat badan anda sepanjang minggu itu dan seterusnya membandingkan dengan minggu-minggu seterusnya.

2. Tuliskan target anda di tempat yang anda mudah lihat.

Letakkan target-target yang anda tulis di atas kertas dan letakkan di tempat-tempat yang anda sering nampak seperti di monitor komputer, peti sejuk, di dalam dompet, ataupun di cermin. Target itu tidaklah semestinya tentang berat badan, anda juga boleh menulis target lain seperti ‘minum air kosong secukupnya!’, ‘makan buah-buahan!’, atau ‘tidur 8 jam sehari!’. Kemudian, beritahu rakan-rakan anda tentang target anda itu supaya mereka boleh mengingatkan anda sekiranya anda terlupa.

3. Tulis setiap makanan yang anda makan setiap hari.

Jika anda menulis jurnal makanan yang anda ambil setiap hari, anda dapat monitor makanan yang anda ambil dengan lebih baik. Bukan sahaja jenis makanan dan kuantiti, anda juga perlulah menulis berapa kalori makanan tersebut supaya anda tahu jumlah kalori yang anda ambil untuk hari tersebut mencukupi ataupun melebihi keperluan anda. Dengan cara ini, anda juga akan lebih berhati-hati dalam memilih makanan setiap hari.

4. Minum air kosong secukupnya.

Mereka yang minum air kosong secukupnya akan mengambil kalori lebih rendah berbanding mereka yang kurang minum air. Selain air kosong, anda juga disarankan minum air yang rendah kalori seperti teh, air limau, dan jus buah-buahan segar.

5. Ambil sarapan setiap hari.

Pengambilan sarapan dapat membantu anda meningkatkan metabolisme seterusnya membantu membakar kalori pada kadar optimum. Apa yang anda ambil semasa sarapan juga sangat penting. Pilihlah makanan yang mengandungi kadar gula yang rendah dan tenaga yang tinggi seperti oat.

6. Rancang snek anda seperti anda merancang pemakanan harian.

Ada orang yang betul-betul menjaga makanan yang mereka ambil semasa makan tengahari dan makan malam dan tidak menjaga kuantiti snek yang mereka ambil ketika mereka lapar. Oleh itu, anda disarankan merancang snek yang anda ingin ambil dan mengambil berat akan kuantiti dan kalori snek tersebut.

7. Makan malam dengan tenang.

Elakkan makan dengan cepat semasa anda makan. Kajian membuktikan mereka yang makan dengan perlahan dan tenang, cenderung untuk berasa kenyang dengan cepat. Oleh itu, kunyah makanan anda perlahan-lahan dan nikmati makanan yang anda makan itu dengan sebaiknya.

8. Jangan makan sambil membuat itu dan ini.

Jangan makan sambil menonton televisyen, di hadapan komputer, atau semasa membaca surat khabar. Anda akan terdorong untuk terus menyuap makanan tanpa anda sedar kuantiti makanan yang anda telah ambil. Sebaiknya anda makan di meja makan atau alihkan komputer anda ke tepi jika anda perlu makan di meja study anda.

9. Pilih pencuci mulut rendah kalori.

Apabila anda inginkan makanan yang manis, eloklah anda memilih pencuci mulut yang rendah kalori seperti dark chocolate atau yogurt rendah lemak. Selain itu, anda juga dicadangkan menyimpan stok ‘sugar-free’ chewing gum supaya anda boleh mengunyahnya apabila anda terasa lapar di tengah-tengah malam.

10. Lakukan sehari satu push-up.

Untuk mendapatkan badan yang kuat tidaklah bermaksud anda perlu menghabiskan masa anda di gim setiap hari. Mulakan dengan satu push up pada setiap hari dan jadikan ia sebagai rutin. Lama-kelamaan anda pasti akan dengan rela hati menambah bilangan push up dalam sehari seterusnya melakukan aktiviti-aktiviti lain setelah melihat perubahan pada badan anda.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...