welcome to initial_D

Ahad, 26 Jun 2011

IBLIS sebenarnya dulu Adalah Makhluk Yang Kuat Beribadat Kepada Allah


Menurut riwayat beribu-ribu atau berjuta-juta tahun yang lalu sebelum wujudnya manusia, sudah terdapat mahluk yang mendiami bumi ini, mahluk tersebut adalah jin namanya. Mereka memiliki gender laki-laki dan perempuan. Malah mereka pun ada yang beragama dan ada yang tidak.

iblis2 Iblis Sebenarnya Adalah Makhluk Yang Kuat Beribadat Kepada Allah
Sejarah Iblis di dalam sepotong ayat Al-Quran :

“Tidaklah aku ciptakan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu”

Diceritakan di dalam di golongan jin ada jin yang bernama Izzazil yang merupakan jin paling taat kepada Allah. Kaum jin memiliki umur yang sangat panjang sehingga mencapai puluhan ribu tahun.

Izzazil ketika di bumi telah beribadah kepada Allah selama 1000 tahun. Lalu dia memohon kepada Allah untuk beribadah dilangit dan Allah pun mengabulkannya, dilangit pertama ini Izzazil juga beribadah selama 1000 tahun. Kemudian dia pun memohon untuk beribadah di langit kedua, dilangit kedua Izzazil beribadah selama 1000 tahun. Begitulah seterusnya setiap 1000 tahun Izzazil meminta kepada Allah untuk beribadah ke di langit ke 3,4,5 dan seterusnya hingga dia sampai di langit ke-7. Jika dijumlahkan waktu beribadahnya ketika masih dibumi hingga ke langit ke-7 adalah 8000 tahun. Tidak sedikit,bukan???

Maka dengan kurnia Allah, dinaikkan pangkatnya sehingga mendapat kehormatan “Al-Muqorrobuun”. Itulah pangkat tertinggi di sisi Allah baik untuk golongan jin, manusia atau pun malaikat, bahkan setelah Izzazil mendapat pangkat “Al-Muqorrobuun” dari sisi Allah, dia pun diangkat menjadi imam ibadah bagi malaikat-malaikat yang berada di langit. Begitulah tingginya darjat Izzazil di sisi Allah. Maka ketika Adam diciptakan dan Allah menyuruh para malaikat dan Izzazil bersujud kepada Adam, Izzazil tidak mahu sujud kepada Adam kerana merasa dirinya lebih baik daripada Adam.

Sebetulnya apa yang dia katakan cuma alasan saja, sesungguhnya dia merasa iri hati kepada Adam, mengapa Adam yang baru diciptakan dan belum beribadah selama dia dijadikan Khilafah??? Mengapa Allah tidak memilih dirinya???

Dengan perasaan dengki, iri hati dan takbur Izzail membantah perintah Tuhan maka dia pun diusir dari syurga namun sebelum Izzazil turun ke bumi dia meminta kepada Allah agar umurnya dipanjangkan sehingga kiamat agar membolehkannya menyesatkan anak cucu Adam kelak, Allah pun bersetuju dengannya.

Izzazil diam-diam menyusup ke Surga untuk menggoda Adam dan Hawa agar memakan apa sejenis buah yang dinamakan “Buah Khuldi (Buah Memanjangkan Umur)” yang merupakan larangan dari Allah, Kedua-duanya pun tertarik sehingga melanggar larangan tersebut hingga kedua-duanya pun diturunkan ke bumi dan Izzazil turut mengikut mereka.

Dan semenjak itulah Izzazil menjadi iblis yang menggoda iman para manusia. Izzazil juga turut memiliki anak dan anaknya itu dinamakan Syaitan. Jumlah mereka pun sangat banyak. Oleh kerana itulah kenapa Iblis mendapat julukan Bapa dari segala Setan. Yang sehingga sekarang terus mencuba untuk menjerumuskan manusia ke dalam lurah dosa.

Jadi begitulah asal muasal Iblis menurut Islam!! Iblis tidak berasal dari golongan malaikat tapi dari golongan Jin.
Catatan : Buah Khuldi (Buah Memanjangkan Umur) Adalah sejenis pokok yang ditanam oleh Iblis kerana hakikatnya buah itu tidaklah benar benar memanjangkan umur.

Rabu, 15 Jun 2011

Kalau Allah Itu Maha Baik, Kenapa Buat Neraka?


Ini kisah benar.. Kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama.

Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Saya tidak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan.

Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di sebuah pasaraya telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat.

Maka dia pun kena denda.

Setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "lepas ini diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan.

Peraturan ni bukan semata-mata peraturan Majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga.

Kalau derhaka tidak mematuhi perintahNya, takut nanti tidak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah.

Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tidak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka?

Kenapa tidak sediakan syurga sahaja? Macam itu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia sudah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz. Sudah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung.

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia.

Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz.

Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.

Hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga.

Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur.

Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga. Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

"Perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga.

Maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma.

Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga. Perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga.

Selepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak. Tak ada siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?" Tanya ustaz.

"Mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas macam tu je." Rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil.

Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain.

Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji di atas dunia ni.

Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan hak kita untuk berpakaian sesuka hati kita.

Ingatlah, semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian.

Semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita juga."

~d petik dari stu blogger islamic ~

Ahad, 12 Jun 2011

PETEH GANU PETEH...










kemenangan yang di nantikan selama 11 tahun....

11 tahun menanti.. PETEH GANU PETEH..


Kelantan kempunan lagi untuk mendakap Piala FA selepas kecundang 1 – 2 kepada Terengganu semalam.Kelantan terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Nurul Azwan Roya pada minit ke 78″ namun Terengganu berjaya menyamakan kedudukan pada masa kecederaan menerusi Manaf Mamat.

Selepas tamat masa sebenar 90 minit, perlawanan di sambung ke masa tambahan 15 minit namun kedua dua pasukan buntu menjaringkan gol.Separuh masa kedua masa tambahan pula Ahmad Nordin Alias muncul wira terengganu selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan Terengganu seterusnya menjulang Piala FA edisi 2011.

Tahniah kepada Terengganu.


Selasa, 7 Jun 2011

bezanya kaum adam dulu n kini...


Dulu..
Bila disebut lelaki
Wanitanya mendongak megah
Lelaki kami Asadullah, Saifullah
Tokoh ramai tak terkira
Kini..
Bila disebut lelaki
Wanitanya menunduk lemah
Tokoh kami sedikit sekali
Ramainya, boneka Yahudi

Dulu..
Bila disebut lelaki
Wanitanya tenang di hati
Lelaki kami menjaga, melindungi
Kini..
Bila disebut lelaki
Wanitanya mahu cabut lari
Lelaki khianat, perogol bersiri

Dulu..
Bila seorang wanita teraniaya
Sepasukan kuda putih membela
Al Mu'tasim kebanggaan wanita
Kini..
Ribuan wanita suci terpenjara
Fatimah diperkosa minta dibela
Lelaki tunduk tak bertenaga

Dulu..
Bila wanita di bawah jagaannya
Lelaki memagari sehabis daya
Tiada siapa berani menggoda
Kini..
Bila wanita dibawah jagaannya
Lelaki tak kisah auratnya terbuka
Wanitanya dibiar bebas, binasa

Dulu..
Lelaki menggadai harta dan nyawa
Untuk mengangkat kemuliaan agama
Kini..
Lelaki menggadai ketinggian agama
Demi nafsu, dunia dan seisinya

Dulu..
Lelaki bermatian mencipta sejarah
Kental berjihad, tekun berdakwah
Kini..
Lelaki hanya menyanjungi sejarah
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah

Dulu..
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah
Al Farouq, Zunurain mati terbunuh
Kini..
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya
Hingga sanggup membunuh

Dulu..
Lelaki bersatu menghadapi musuh
Angkatannya kuat dan teguh
Kini..
Lelaki berpuak dan berpecah
Sesama sendiri saling bertelingkah

Kembalilah lelakiku..
Kembalilah pada kelelakianmu
Kami rindukan lelaki yang dulu
Lelaki Acuan Madrasah Rasul


Sabtu, 4 Jun 2011

‎3 sekawan iaitu KURA,ULAT dan KATAK.


Pada suatu hari,KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan.Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA di rumahnya.Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA.Satu jam kemudian,KURA bertanya kepada KATAK.

KURA:Hei,katak!Aku rasa ada sesuatu je yang takde lah.
KATAK:........patutlah,rokok dah habis lah!
KURA:Betul lah,apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK:Ala....kaki aku sakit lah,dari tadi asyik melompat je.Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA:Bagus jugak idea kau tu.
ULAT:Aku malas lah nak pergi beli.
KURA:Ala...kau tolong lah pergi beli kejap.Kau pun nak hisap rokok jugak kan.Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli.Boleh lah.....
ULAT:Ok lah,aku pergi beli sekarang.

10 minit...30 minit...1 jam...berlalu,ULAT masih belum pulang lagi dari kedai.KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT.KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi.Setibanya di pintu keluar,ULAT sudah pun berada di depan pintu.KURA pun berkata..

KURA:Hah,itu pun kau.Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik?
KATAK:Hei,kau tau tak,kau buatkan kita berasa risau je.....Mulut aku dah naik kering ni.
KURA:Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT:Hek'eleh....Aku gerak pun belum lagi,tau!
KATAK:Habis,dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT:Kau nampak ni,dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!

Rabu, 1 Jun 2011

aku rindu kat korang semua.....






























Tiba-tiba CINTA terjatuh dalam telaga ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu buta..
Lalu KAWAN pun ikut terjun dalam telaga... Kenapa??
Kerana ... KAWAN akan buat apa sahaja demi CINTA!!
Di dalam telaga CINTA hilang ... Kenapa??
Kerana ... CINTA itu halus, mudah hilang kalau tak dijaga, sukar dicari apatah lagi dalam telaga yang gelap...
Sedangkan KAWAN masih lagi tercari-cari dimana CINTA & terus menunggu .. Kenapa? Kerana... KAWAN itu sejati & akan kekal sebagai KAWAN yang setia ... kan?

So, hargai lah KAWAN kita selagi kita terasa dia BERERTI ....
Walau kita punya couple, ... teman still paling setia.
Walau kita punya harta banyak, ... teman still paling berharga....




contest juvana

http://apps.tv3.com.my/juvana/peraduan2.asp?ref=notif&notif_t=like

siapa3 y kunjungi blog sy n ada fb tu sila2 la like sy punya contest... ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...