welcome to initial_D

Isnin, 14 Mei 2012

JANGANLAH MENCARI YANG TERLALU SEMPURNA

jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat pada mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu. janganlah kamu melepaskannnya kembali ke sungai kerana ia akn menderita kesakitan disebabkan oleh kecederaan akibat mata kailmu itu. mungkin dia akan menderita seumur hidupnya.


jika seseorang menyayangi kamu setelah kamu memberikan pengharapan kepadanya, maka jagalah hatinya. janganlah kamu meninggalkannya kerana kelak dia akan terluka dek kenangan yang kamu tinggalkan dan tak mungkin dia dapat melupakannya dengan mudah.


jika kamu memiliki seseorang, maka terimalah dirinya seadanya. janganlah kamu terlalu menyagungkannya kerana dia hanyalah manusia biasa. lalu apabila dia melakukan kesilapan, kamu tidak akan mudah menerimanya kembali. oleh itu, ala kadar saje dalam menerima dirinya.
diumpamakan kamu memiliki sepinggan nasu yang cukup untuk mengenyangkan dirimu. mengapa kamu berlengah dan mencari yang lebih lazat daripada itu sehinggakan nasi itu menjadi basi lalu terpaksa dibuang? kelak, kamu akan menyesal dengan perbuatanmu itu. begitulah juga andai kamu cuba mmbandingkan seseorang insan. janganlah kamu cuba membandingkannya dengan yang lain kerana dia juga mampu membawa kebaikan kepada kamu.


terlalu mengejar kesempurnaan akan menyebabkan kamu kehilangan seseorang apa bila akhirnya dia menjadi milik org lain......... dan aku tak mahu hal ini berlaku.........
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...